NOTA GAJET
PERKHEMAHAN
1.
PERKHEMAHAN DAN KEM KRAFT
Aktiviti paling
menarik bagi pengakap.
Peluang belajar ilmu
perkhemahan. Mencuba pengalaman, keyakinan dan berdikari.
Aktiviti membuat
gadjet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan
kematangan berpengakap.
2.
GEJET-GEJET PERKHEMAHAN
Peralatan yang
dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan.
Buatlah gejet-gejet
yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan.
Mengenal gejet
perkhemahan:
lazimnya gadjet
ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar
perkhemahan.
kedudukan gadjet.
aktiviti membuat
gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol.
3. TUJUAN
MEMBUAT GEJET
Meninggikan taraf
penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan.
Perekaan membuat
gejet disamakan dengan situasi di rumah.
Dalam membina gejet,
hendaklah ia mempunyai fungsi.
Dalam membina gejet
semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan.
Semangat
pertandingan yang sihat.
Dapat melahirkan
idea-idea yang baru.
“Feeling of sense of
achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet.
Meninggikan mutu
perkhemahan.
Mengisi
K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gadjet-gadjet yang
berfaedah.
4. BAHAN
UNTUK MEMBUAT GEJET
Merujuk kepada
situasi keadaan persekitaran perkhemahan.
Diperbuat dari bahan
semulajadi.
Pergunakan dari
semua bahagian pokok.
5. JENIS
/ CARA MEMBUAT GEJET
Yang boleh dibeli.
Yang dibuat di rumah
terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem.
Yang dibuat di kem,
tetapi bahan dibawa dari rumah.
Yang dibuat di kem,
tetapi bahan dibawa dari luar kem.
Yang dibuat di kem
dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang berhampiran.
6.
JENIS-JENIS GEJET
Gadjet kawasan
pintu.
Gadjet kawasan dapur
dan yang berkaitan.
Gadjet kawasan
tempat basuhan.
Gadjet kawasan
tempat tinggal.
Gadjet kawasan
pengeringan.
Lain-lain gadjet.
7.GEJET
KAWASAN PINTU
Gejet pintu terletak
dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
Bahagian pintu
hadapan
Bahagian pagar
Bahagian pintu
belakang
Variasi-Variasi
pintu hadapan
Tulis nama
patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
Bahagian pintu yang
boleh tertutup sendiri (self closing type).
Pintu gerbang bukan
gadjet tetapi projek perintis.
Bahagian Pagar
Menandakan kawasan
sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan
keselamatan.
Berjenis pagar boleh
dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan
batang kayu.
8.
GEJET-GEJET KAWASAN DAPUR
Buat dari bahan
semulajadi
Selain membuat
gejet-gejet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti:
Rak pinggan mangkuk
Rak alatan tajam
seperti pisau, parang dan kapak.
Meja makan
Penyangkut cawan /
gelas.
Rak menyimpan kayu
api / tong gas.
Gejet gerobok (camp
larder).
Gejet lubang basah
dan kering.
9. GEJET
KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
Gejet tempat meletak
besen air.
Gejet tempat
menyimpan alat pergigian.
Gejet tempat
menyimpan sabun.
Gejet mengantung
tuala mandi.
Gejet kawasan tempat
basuhan.
10. GEJET
KAWASAN TEMPAT TINGGAL
Semua gejet yang
dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan
kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
Gejet-gejet yang
biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut
baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut
lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.
11. GEJET
TEMPAT MENJEMUR KAIN
Ampaian yang kekal
tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.
12.
GEJET-GEJET LAIN
Buatlah gadjet lain
yang mustahak seperti:
Tiang bendera
Menara memerhati
Gendang / Kantung
kem
Gejet pembawa barang
(Indian Travois)
Gejet pondok lalang
(tempat berteduh)
13.
PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN
Tidak jauh dari
tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering.
Berhampiran dapur
dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan
parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas.
Berhampiran pintu
masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak
tongkat.
14.
PRINSIP MEMBUAT GEJET
Gejet yang
dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua pengakap.
Jangan gunakan kayu
atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh.
Gunakan ikatan yang
betul.
Ikatan pada gadjet
hendaklah betul.
Gunakan bahan
semulajadi.
Gejet yang dibuat
boleh digunakan dan bukan untuk pameran.
Gejet mesti kukuh,
dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
Gejet yang baik
ringkas tetapi praktikal.
Mulakan dengan
membuat gejet yang ringkas dahulu.
Fikirkan ciri-ciri
keselesaan dan keselamatan gadjet.
Gejet direka, dibuat
dan diletakkan ditempat yang sesuai.
Buat gejet ciptaan
atau rekaan sendiri.
15.
SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GEJET
Simpulan dan ikatan
perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih dahulu
supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
Ikatan Seraya
(Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada
tiang yang telahg diikat.
Ikatan Serong
(Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet yang
berbentuk serong.
Ikatan Silang
Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar.
Ikatan ‘Figure of
eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan
gadjet berbentuk tiga segi.
Ikatan Ular (Snake
lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat
kepada batang yang lebih besar.
Simpul Balak (Timber
Hitch) – memulakan ikatan serong.
Simpul manuk –
memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
Ikatan Pemukat –
ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat
sesuatu loop pada tali.
Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan.
No comments:
Post a Comment