tabs

 photo 1_zps98eac22b.png photo 3_zps396c9711.png

Saturday, October 5, 2013

KRAF PERKHEMAHAN (GAJET)

THIS IS COPY & PASTE~

NOTA GAJET PERKHEMAHAN

1. PERKHEMAHAN DAN KEM KRAFT
Aktiviti paling menarik bagi pengakap.
Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba pengalaman, keyakinan dan berdikari.
Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berpengakap.

2. GEJET-GEJET PERKHEMAHAN
Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan.
Buatlah gejet-gejet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan.
Mengenal gejet perkhemahan:
lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan.
kedudukan gadjet.
aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol.

3. TUJUAN MEMBUAT GEJET
Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan.
Perekaan membuat gejet disamakan dengan situasi di rumah.
Dalam membina gejet, hendaklah ia mempunyai fungsi.
Dalam membina gejet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan.
Semangat pertandingan yang sihat.
Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
“Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet.
Meninggikan mutu perkhemahan.
Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gadjet-gadjet yang berfaedah.

4. BAHAN UNTUK MEMBUAT GEJET
Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan.
Diperbuat dari bahan semulajadi.
Pergunakan dari semua bahagian pokok.

5. JENIS / CARA MEMBUAT GEJET
Yang boleh dibeli.
Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem.
Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang berhampiran.

6. JENIS-JENIS GEJET
Gadjet kawasan pintu.
Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan.
Gadjet kawasan tempat basuhan.
Gadjet kawasan tempat tinggal.
Gadjet kawasan pengeringan.
Lain-lain gadjet.


 7.GEJET KAWASAN PINTU
Gejet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
Bahagian pintu hadapan
Bahagian pagar
Bahagian pintu belakang
Variasi-Variasi pintu hadapan
Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.
Bahagian Pagar
Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan.
Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang kayu.

8. GEJET-GEJET KAWASAN DAPUR
Buat dari bahan semulajadi
Selain membuat gejet-gejet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti:
Rak pinggan mangkuk
Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
Meja makan
Penyangkut cawan / gelas.
Rak menyimpan kayu api / tong gas.
Gejet gerobok (camp larder).
Gejet lubang basah dan kering.


9. GEJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
Gejet tempat meletak besen air.
Gejet tempat menyimpan alat pergigian.
Gejet tempat menyimpan sabun.
Gejet mengantung tuala mandi.
Gejet kawasan tempat basuhan.

10. GEJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL
Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
Gejet-gejet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

11. GEJET TEMPAT MENJEMUR KAIN
Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.

12. GEJET-GEJET LAIN
Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti:
Tiang bendera
Menara memerhati
Gendang / Kantung kem
Gejet pembawa barang (Indian Travois)
Gejet pondok lalang (tempat berteduh)

 13. PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN
Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering.
Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas.
Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat.

14. PRINSIP MEMBUAT GEJET
Gejet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua pengakap.
Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh.
Gunakan ikatan yang betul.
Ikatan pada gadjet hendaklah betul.
Gunakan bahan semulajadi.
Gejet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.
Gejet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
Gejet yang baik ringkas tetapi praktikal.
Mulakan dengan membuat gejet yang ringkas dahulu.
Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet.
Gejet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.
Buat gejet ciptaan atau rekaan sendiri.

 15. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GEJET
Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telahg diikat.
Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet yang berbentuk serong.
Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar.
Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.
Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar.
Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong.
Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali.

Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan.

notes~

Jenis-Jenis Gajet & Kegunaannya by Nur Nadrah Hasfinie Hasanuddin

Thursday, September 20, 2012

COMPONENT OF A THESIS

Assalamualaikum.
setelah sekian lama membiarkan blog ini berhabuk, pada hari ini saya ingin berkongsi bersama pelawat-pelawat sekalian tentang ilmu yang saya belajar pada hari ini. sedikit perkongsian dan diharap dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi ilmu kepada anda. may Allah bless us all. \^_^/


Component of a thesis:
1.            declaration page
-declare that the thesis is yours
2.            acknowledge
-help people know what your project about
3.            Abstract
-bilingual(past tense)-summary of your research-no longer than 1 page(200 words)
4.            Content page-start with numbering
                                       1.0 Chapter 1: Introduction
(present tense-use active voice/more friendly)
                                       2.0 Chapter 2: Literature review
-main point
                                       3.0 Chapter 3: Research Methodology
-based on the ideas from your literature review. –past tense
-method-how you collect the data
                                       4.0 Chapter 4: Research data analysis and findings
                                                                           -result
                                       5.0 Chapter 5: Discussion and conclusion
5.            Bibliography/References
               -use APA format
6.            Appendices
               -what you attach
               -the last thing

Sunday, January 15, 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM


KONSEP ASAS FALSAFAH DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
FALSAFAH: Perkataan yang berasal dari perkataan Yunani, iaitu philos (mencintai) dan sophia(kebijaksanaan).Dengan berpandukan dua perkataan ini, istilah falsafah diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.  Secara huraiannya, falsafah merupakan  satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Selain itu, falsafah juga dapat difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Secara ringkasnya, falsafah adalah satu usaha pemikiran mencari kebenaran.
PENDIDIKAN: Pendidikan berasal daripada perkataan didik yang bererti pelihara, ajar dan jaga. Pendidikan boleh dihuraikan sebagai satu proses yang berterusan untuk menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan pertumbuhan bakat manusia dengan rapi supaya dapat melahirkan orang yang berilmu, baik tingkah laku dan dapat mengekalkan nilai-nilai budaya dalam kalangan masyarakat. Mengikut pandangan umum, pendidikan ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara ringkasnya, pendidikan ialah satu proses atau aktiviti untuk mendidik insan menjadi seorang yang berilmu, berakhlak mulia agar dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat.
KONSEP PENDIDIKAN BERDASARKAN PERSPEKTIF ISLAM:
“satu proses secara berterusan memupuk seluruh potensi semula jadi manusia dari segi intelek, akhlak, rohani dan jasmani secara bersepadu dan seimbang ke arah pembentukan insan soleh yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat.”
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Konsep:
Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam.
Oleh sebab falsafah pendidikan Islam berasaskan ajaran Al-Quran, maka kurikulum pendidikan Islam pula merujuk kepada ajaran Al-Quran sebagai pengajian utama, diikuti dengan bahasa Arab sebagai media pengantar. Di samping itu, kurikulum pendidikan pula merangkumi bidang pengajian kemanusiaan, termasuklah psikologi, sosiologi, sejarah dan ekonomi, serta bidang ilmu mengenai alam tabii atau sains semula jadi, seperti astronomi, biologi, botani dan sebagainya. Pendidikan Islam menyepadukan pendidikan ilmu keduniaan dan keakhiratan.
Menurut Syed Muhammad Al-Naquib Al-Attas, ilmu Islam masa kini merangkumi dua disiplin yang utama, iaitu:
1. Disiplin Agama: Ajaran Quran, teologi, metafizik, bahasa Arab dan Sastera.
2. Disiplin Kognitif: Kemanusiaan, Alam Sekitar, Sains Gunaan dan Teknologi





Prinsip:
Prinsip adalah suatu pernyataan fundamental atau kebenaran umum mahupun individual yang dijadikan oleh seseorang/ kelompok sebagai sebuah pedoman untuk berfikir atau bertindak.
Bidang pendidikan Islam:
-Al-Imaniyah(pendidikan iman)
-Al-Khuluqiyah(pendidikan akhlak)
-Al-jismiyah(pendidikan jasmani)
-Al-aqiliyah(pendidikan mental)
-Al-nafsiyah(pendidikan jiwa)
-Al-ijlimaiyah(pendidikan sosial)
-Al-jinisiyah(pendidikan seks)

Secara umumnya, perkara-perkara yang menjadi dasar falsafah pendidikan Islam, mengikut Hassan Langgung (1979),ialah:
-keesaan Tuhan (Tauhid)
-kepercayaan pesuruh - pesuruh-Nya
-kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-nabi
-Manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian
-setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri
-kehidupan keduniaan dan keakhiratan
-persamaan dan persaudaraan sejagat di antara semua umat Islam
Pendidikan Islam dididik dalam diri pelajar adalah untuk:
-bertingkah laku baik
-mencapai kesempurnaan rohani
-melakukan kebajikan
-mengamalkan budaya halus
-membiasakan diri dengan kebersihan, keikhlasan dan amalan baik
Pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih minda, tubuh, roh, dan emosi manusia, dan membimbing pendidik untuk membentuk pelajar berdasarkan ajaran Islam.
Hal ini tercapai berdasarkan ilmu wahyu (Al-Quran), amal(amalan) Nabi Muhammad s.a.w. (Sunnah) dan sahabat-sahabatnya, dan melalui pengalaman Salafal-Salih dan tokoh-tokoh pendidikan ulung yang lain.
Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan bahawa Pendidikan Islam ialah usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran, dan amalan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
Ini akan menyediakan manusia dengan pengalaman dan pengetahuan yang mencukupi supaya dia tahu siapa dia, peranannya, dan tanggungjawabnya sebagai hamba Tuhan serta menjadi seorang pemimpin yang baik
Falsafah Islam menerangkan tentang pertalian manusia dengan pencipta-Nya, manusia dengan manusia dan manusia dengan persekitarannya.
Dari pandangan tokoh-tokoh Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Mengikut mereka, pendidikan boleh memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.
SECARA KESIMPULANNYA:
Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan as-sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah  yang mempunyai tanggungjawab untuk  membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan  negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
al-Shaibani,1979
Falsafah pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, mengetahui cara menjalankan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah agar menjadi insan yang soleh (berteraskan roh Islam). Dengan kata lain, falsafah pendidikan Islam merupakan usaha pelaksanaan teori dan kaedah dalam bidang pendidikan. Justeru, falsafah pendidikan Islam merangkumi aspek-aspek seperti matlamat, kandungan dan dasar pendidikan Islam.
Pandangan beberapa ahli falsafah mengenai falsafah pendidikan Islam:
Ibn Rushd:
Latar belakang beliau:
“Terkenal di Barat sebagai Averroes, ialah seorang ahli pemikir Muslim agung dan terkenal sebagai ahli sains yang ternama, serta seorang doktor yang ulung dan Hakim Besar (Kadi Agung) di Sepanyol Muslim (Andalusia) semasa abad ke-12. Beliau mempunyai pengaruh besar terhadap pemikiran Barat.”
Beliau berpendapat bahawa agama dan falsafah adalah saling melengkapi.
Kata beliau, “sesiapa yang belajar anatomi, akan meningkatkan lagi kesetiaannya kepada keagungan dan keunggulan Tuhan yang Maha Kuasa”
Menurut beliau juga, minda adalah alat muktamad untuk mendapatkan ilmu. Allah telah menciptakan minda bagi membolehkan individu membuat penaakulan tentang kewujudan-Nya dan menaakul tentang perkara-perkara di dunia ini. Tambahan lagi, kesempurnaan mental dan emosi hanya akan dicapai apabila manusia cinta dan patuh kepada Allah.
Ibn Rushd menyatakan bahawa Islam menghasratkan pengetahuan sebenar yang didefinisikan sebagai pengetahuan tentang Tuhan dan ciptaan-Nya.
Ia juga termasuk hal mengetahui cara mencapai kepuasan di dunia dan juga cara mengelakkan kesengsaraan di Akhirat(Ead,1998).
Al-Ghazali
Latar belakang:
Abu Hamed Mohammad ibn Mohammad al-Ghazali dan juga digelar sebagai Algazel. Beliau terkenal dalam sejarah Islam sebagai seorang falsafah, ahli teologi dan ahli juri yang amat disegani.”
Sumbangan beliau:
Menghasilkan lebih daripada 400 buah karya dalam pelbagai bidang seperti teologi, falsafah, sains dan ilmu Sufi.
Secara keseluruhan, boleh dikatakan bahawa hasil karya Al-Ghazali yang agung itu berjaya mengekalkan keberkesanan sumbangan beliau sepanjang abad. Fikiran beliau tidak luntur dengan peredaran zaman. Sebaliknya, fikiran beliau yang bernas tetap hidup segar bersama-sama pengaruh beliau yang kuat dan meluas dalam bidang falsafah Islam sehingga hari ini.
Berpendapat bahawa proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.
Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din, pembelajaran adalah satu aktiviti sepanjang hayat atau pembelajaran berterusan tanpa henti dan tidak terikat dengan peningkatan usia.
Ibn Khaldun
Latar belakang:
“Abdurahman bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Al-Hasan bin Jabir bin Muhammad bin Ibrahim bin Abdurahman bin Ibn Khaldun. Lahir pada tahun 1332 di Tunis, Tunisia. Seorang tokoh falsafah, sejarah dan sosiologi yang amat terkenal dalam sejarah dunia Islam.”
Sumbangan:
Pandangan beliau terhadap falsafah bersamaan dengan Al-Ghazali di mana beliau juga berfokuskan kepada ilmu mistik dan teologi. Sebenarnya sumbangan utama Ibn Khaldun adalah dalam bidang  falsafah sejarah dan sosiologi (Umraniyat). Beliau telah berusaha menulis mengenai sejarah dunia di mana naskhah pertama beliau mengandungi analisis peristiwa-peristiwa sejarah. Naskhah tersebut dikenali sebagai al-Muqaddimah atau Prolegomena mengenal pasti unsur-unsur psikologi, ekonomi, persekitaran dan sosial yang menyumbangkan kepada tamadun kita serta sejarah masa kini. Di samping itu, beliau juga menganalisis tentang dinamika hubungan kelompok serta menunjukkan kepentingan al-‘Asabiyya (perasaan kekitaan) bagi mewujudkan tamadun baru serta meningkatkan kuasa politik dalam kalangan masyarakat.
Al-Farabi
Latar belakang:
“terkenal sebagai tokoh Islam yang banyak menyumbangkan pemikiran beliau dalam bidang sains, falsafah, logik, sosiologi, perubatan, matematik dan muzik.”
Sumbangan:
Sumbangan utama adalah dalam bidang falsafah, logik dan sosiologi. Beliau merupakan seorang Neoplatonist yang telah banyak menggabungkan pemikiran Plato dan Aristotle dengan teologi. Al-Farabi juga telah membahagikan pengajian logik kepada dua kategori iaitu Takhayyul (idea) dan Thubut (bukti).
Muhammad Qutb
Pend.-Satu proses untuk membina manusia secara menyeluruh (jasad, intelek dan rohnya, kehidupan kebendaan dan rohaninya serta setiap aktiviti hidupnya). Ia bersifat menyeluruh dan bersepadu, juga cenderung ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelektual dan kerohanian manusia.
Hamka
Latar belakang beliau:
“ nama penuhnya ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Merupakan tokoh pendidikan Islam yang paling berpengaruh di Indonesia pada abad ke-20”
Pendidikan ialah suatu proses yang boleh membentuk tingkah laku yang baik, sikap yang berani serta budi pekerti yang mulia seperti sikap merendahkan diri, sabar, menghormati orang tua dan sebagainya.
Dr. Mohd Athiyah al-Abrasyi
Memandangkan proses pendidikan sebagai pembinaan tingkah laku manusia yang berakhlak tinggi dan mulia di bawah teras ajaran agama Islam.