tabs

 photo 1_zps98eac22b.png photo 3_zps396c9711.png

Saturday, October 5, 2013

KRAF PERKHEMAHAN (GAJET)

THIS IS COPY & PASTE~

NOTA GAJET PERKHEMAHAN

1. PERKHEMAHAN DAN KEM KRAFT
Aktiviti paling menarik bagi pengakap.
Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba pengalaman, keyakinan dan berdikari.
Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan merupakan perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berpengakap.

2. GEJET-GEJET PERKHEMAHAN
Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan.
Buatlah gejet-gejet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan.
Mengenal gejet perkhemahan:
lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan daripada bahan sekitar perkhemahan.
kedudukan gadjet.
aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol.

3. TUJUAN MEMBUAT GEJET
Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan.
Perekaan membuat gejet disamakan dengan situasi di rumah.
Dalam membina gejet, hendaklah ia mempunyai fungsi.
Dalam membina gejet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan dipraktikkan.
Semangat pertandingan yang sihat.
Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
“Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet.
Meninggikan mutu perkhemahan.
Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi masa membuat gadjet-gadjet yang berfaedah.

4. BAHAN UNTUK MEMBUAT GEJET
Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan.
Diperbuat dari bahan semulajadi.
Pergunakan dari semua bahagian pokok.

5. JENIS / CARA MEMBUAT GEJET
Yang boleh dibeli.
Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem.
Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang berhampiran.

6. JENIS-JENIS GEJET
Gadjet kawasan pintu.
Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan.
Gadjet kawasan tempat basuhan.
Gadjet kawasan tempat tinggal.
Gadjet kawasan pengeringan.
Lain-lain gadjet.


 7.GEJET KAWASAN PINTU
Gejet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu:
Bahagian pintu hadapan
Bahagian pagar
Bahagian pintu belakang
Variasi-Variasi pintu hadapan
Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.
Bahagian Pagar
Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya kawalan keselamatan.
Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok menjalar dan menggunakan batang kayu.

8. GEJET-GEJET KAWASAN DAPUR
Buat dari bahan semulajadi
Selain membuat gejet-gejet dapur buat juga gejet sampingan di dapur seperti:
Rak pinggan mangkuk
Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak.
Meja makan
Penyangkut cawan / gelas.
Rak menyimpan kayu api / tong gas.
Gejet gerobok (camp larder).
Gejet lubang basah dan kering.


9. GEJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
Gejet tempat meletak besen air.
Gejet tempat menyimpan alat pergigian.
Gejet tempat menyimpan sabun.
Gejet mengantung tuala mandi.
Gejet kawasan tempat basuhan.

10. GEJET KAWASAN TEMPAT TINGGAL
Semua gejet yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
Gejet-gejet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan lain-lain.

11. GEJET TEMPAT MENJEMUR KAIN
Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.

12. GEJET-GEJET LAIN
Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti:
Tiang bendera
Menara memerhati
Gendang / Kantung kem
Gejet pembawa barang (Indian Travois)
Gejet pondok lalang (tempat berteduh)

 13. PENEMPATAN GEJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN
Tidak jauh dari tempat memasak hendaklah disediakan dua lubang iaitu lubang basah dan kering.
Berhampiran dapur dirikan meja dan bangku makan, gejet alatan tajam seperti kapak, gergaji dan parang, gejet gerobok makan, tempat meletak kayu api / tong gas.
Berhampiran pintu masuk dirikan gejet Papan Kenyataan, tempat letak buku dan tempat letak tongkat.

14. PRINSIP MEMBUAT GEJET
Gejet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua pengakap.
Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh.
Gunakan ikatan yang betul.
Ikatan pada gadjet hendaklah betul.
Gunakan bahan semulajadi.
Gejet yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.
Gejet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
Gejet yang baik ringkas tetapi praktikal.
Mulakan dengan membuat gejet yang ringkas dahulu.
Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet.
Gejet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.
Buat gejet ciptaan atau rekaan sendiri.

 15. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GEJET
Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih dahulu supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
Ikatan Seraya (Square lashing) – mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang kuat pada tiang yang telahg diikat.
Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet yang berbentuk serong.
Ikatan Silang Gunting – mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu pagar.
Ikatan ‘Figure of eight lashing’ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.
Ikatan Ular (Snake lashing) – mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar.
Simpul Balak (Timber Hitch) – memulakan ikatan serong.
Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
Ikatan Pemukat – ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan untuk membuat sesuatu loop pada tali.

Whipping – mengemaskan tali yang berlebihan.

notes~

Jenis-Jenis Gajet & Kegunaannya by Nur Nadrah Hasfinie Hasanuddin